1. Pengenalan

Lokara Pasar Online (“Lokara”, “kami”) komited untuk melindungi maklumat peribadi pelanggan yang menggunakan platform kami untuk membuat pesanan dari vendor pasar malam.

Dengan menggunakan laman web ini dan membuat pesanan, anda bersetuju dengan Polisi Privasi ini.

2. Maklumat Yang Kami Kumpul

Kami mungkin mengumpul maklumat berikut:

2.1 Maklumat Peribadi
  • Nama penuh

  • Nombor telefon

  • Alamat emel

  • Alamat penghantaran

  • Maklumat pembayaran (diproses melalui gateway pembayaran)

2.2 Maklumat Pesanan
  • Sejarah pembelian

  • Butiran produk yang dibeli

  • Waktu dan lokasi penghantaran

2.3 Maklumat Teknikal
  • Alamat IP

  • Jenis peranti & pelayar

  • Data cookies

3. Tujuan Penggunaan Maklumat

Maklumat pelanggan digunakan untuk:

  • Memproses dan menghantar pesanan

  • Menghubungi pelanggan berkaitan pesanan

  • Mengurus pembayaran

  • Menyelesaikan pertikaian atau aduan

  • Menambah baik perkhidmatan Lokara

  • Tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan

Kami tidak menjual maklumat peribadi pelanggan kepada mana-mana pihak ketiga.

4. Perkongsian Maklumat

Maklumat pelanggan mungkin dikongsi dengan:

  • Vendor (untuk menyediakan pesanan)

  • Rider (untuk penghantaran)

  • Penyedia pembayaran (contoh: Billplz, ToyyibPay, Stripe)

  • Penyedia perkhidmatan hosting dan sistem teknikal

  • Pihak berkuasa jika diperlukan oleh undang-undang

Kami hanya berkongsi maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan pesanan

5. Pembayaran

Semua transaksi diproses melalui penyedia pembayaran yang selamat. Lokara tidak menyimpan maklumat penuh kad kredit pelanggan.

6. Cookies

Laman web ini menggunakan cookies untuk:

  • Mengingati cart anda

  • Meningkatkan pengalaman pengguna

  • Analisis trafik laman web

Anda boleh mematikan cookies melalui tetapan pelayar anda.

7. Penyimpanan & Keselamatan Data

Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat pelanggan termasuk:

  • Sambungan SSL (https)

  • Akses terhad kepada maklumat

  • Sistem keselamatan pelayan

Walau bagaimanapun, tiada sistem dalam talian yang 100% selamat.

8. Hak Pelanggan

Pelanggan berhak untuk:

  • Meminta akses kepada data peribadi

  • Meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat

  • Memohon pemadaman akaun (tertakluk kepada rekod transaksi)

Sebarang permintaan boleh dibuat melalui saluran rasmi Lokara.

9. Penyimpanan Rekod

Data transaksi mungkin disimpan untuk tujuan perakaunan dan pematuhan undang-undang walaupun akaun telah dipadam.

10. Perubahan Polisi

Lokara berhak untuk mengemaskini Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dikemaskini di halaman ini.

11. Hubungi Kami

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai Polisi Privasi ini, sila hubungi:

Email: lokarapasaronline@gmail.com

Product has been added
shopping-bag-outline

No products in the cart.

Explore Food Items

No products in the cart.